Price | RM30.00 |
Product SKU | 9789832957751 |
Brand | IIUM Press |
Reward Points | 30 |
Points Needed | 6000 |
Availability | 2 |
Quantity |
|
Konsep Jama'ah Al-Muslimin Dalam Pemikiran Islam - Kulit Lembut
Penulis: Jamil Hashim & Sulaiman Ibrahim
ISBN: 9789832957751
Penerbit: Pusat Penyelidikan UIAM
Tahun: 2006
Bahasa: Bahasa Melayu
Muka Surat: 74
Berat: 177 g
Sesungguhnya Islam adalah agama yang menyeru kepada kesatuan dan perpaduan dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan di dalam kehidupan ini. Walau bagaimanapun, kesatuan yang dicita-citakan itu masih belum dapat direalisasikan bukan sahaja kerana peranan yang dimainkan oleh musuh-musuh Islam yang bekerja siang dan malam untuk menghancurkan Islam dan ummatnya tetapi juga kerana sikap negatif dan ta'assub ummat Islam sendiri terhadap kelompok masing-masing, di samping kurang memiliki pengetahuan yang mendalam dalam memahami beberapa perkara asas dalam agama seperti adab dalam menghadapi perbezaan dan sebagainya.
Justeru itu, adalah diharapkan buku kecil ini sedikit sebanyak akan dapat memberikan kefahaman baru yang lebih mendalam terhadap ummat Islam khususnya, warga dakwah seluruhnya dalam memahami beberapa perkara penting dalam ilmu dakwah seperti makna sebenar Jama'ah al-Muslimin, al-Firqah al-Najiah, al-Ta'ifah al-Mansurah dan sebagainya.
Akhirnya, marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah s.w.t. agar Allah menyatukan hati-hati kita dan kita terus bersatu di atas jalan da'wah sehingga kita gugur syahid atau dikurniakan kemenangan di atasnya.