Price | RM52.00 |
Product SKU | 9971770571 |
Brand | Pustaka Nasional |
Reward Points | 52 |
Points Needed | 10400 |
Availability | 5 |
Quantity |
|
Kehidupan Sosial Dalam Pemikiran Islam - Kulit keras
Pengarang: Ahmad Shalaby
Penterjemah: Muhammad Labib
Penerbit: Pustaka Nasional Pte Ltd
Tahun: 2001
Bahasa: Melayu
Bil Muka surat: 367
Berat: 581g
Buku ini membincangkan fakta-fakta yang masih kontroversial yang sedang dihadapi oleh umat Islam dalam tiga daerah, iaitu: Kekeluargaan, kemasyarakatan dan kewangan, yang mana liku-liku perkaranya masih terus diperkatakan sampai masa kini.
Daerah pertama berliku pada perkara perkahwinan, pemilihan bakal-bakal suami dan isteri, berkahwin dengan perempuan ahlil-kitab, berkahwin dengan perempuan atau lelaki bukan Islam, pertunangan, penetapan maskahwin dalam akad nikah, pemeliharaan anak-anak, ibu tiri, mertua, khitan (sunat), perancangan keluarga dan cara-caranya, menggugurkan anak, menanam benih anak, hak suami isteri, orang-gaji (pembantu), kaum perempuan bekerja, perwarisan dan lelain lagi.
Daerah kedua berliku pada pembicaraan tentang hari-hari raya dan hikmat berhari raya, nisfu sya'ban, lailatul-qadar, hari asyura, upacara hari-hari sempena khas, musik dan nyanyian, ma'tam atau hari kesedihan, para wali, hari maulud, majlis zikir, bernazar, menggunakan pembesar suara, hiburan dan sukan, bolah sepak, berlaga ayam dan matador, judi,fesyen wanita, hijab (tudung), pondan, khamar dan arak, berubat dengan arak, madat dan ganja, rokok, mengemis, hidup berkasta, qadha' dan qadar, pandangan sosial hari ini, hak jiran tetangga dan lelain lagi.
Daerah ketiga berliku pada urusan kewangan, riba (interes), bank dan simpanan pos, ambil interes dari wang simpanan, contoh-contoh bank Islam, mudharabah, pinjaman, tempahan, menjual dengan bayaran ansuran, bertukar-tukar barang atau barter trade, syarikat dan saham, bon, bursa dan broker, insuran, tiket loteri dan lelain.
Buku ini sebagai panduan kaum Muslimin untuk mengetahui urusan-urusan peribadinya dalam hal-hal yang berkaitan dengan kekeluargaan, kemasyarakatan dan kewangannya. Sangat perlu dibaca oleh semua peringkat manusia.