Price | RM50.00 |
Product SKU | 9789671481189 |
Brand | Literasi Resources |
Reward Points | 50 |
Availability | 1 |
Quantity |
|
Kajian Tindakan Membangunkan Pusat Sumber Idaman - Kulit lembut
Penulis: Mohammad Noor Azlan Idris et. al.
ISBN: 9789671481189
Penerbit: Literasi Resources
Tahun: 2019
Bahasa: Melayu
Muka surat: 247
Berat: 413 g
Guru Perpustakaan dan Media sering kali menghadapi dilema dengan pelbagai masalah sehingga Pusat Sumber Sekolah tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Keadaan ini menimbulkan tekanan sehingga tidak bermotivasi untuk menjalankan tugas. Oleh itu, dalam hal ini, kajian tindakan merupakan pendekatan yang relevan dalam menyelesaikan masalah pengurusan di sekolah. Kajian tindakan boleh digunakan sebagai penawar untuk memperbaiki dan memperkukuhkan pengurusan PSS, menyelesaikan masalah yang dihadapi dan seterusnya membawa kepada perubahan yang terancang.
Pengalaman ini dikongsi oleh lima orang penulis yang merupakan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Cemerlang dan ikon GPM yang telah menggondol pelbagai anugerah di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antara bangsa. Mereka sentiasa membuat refleksi terhadap amalan yang dilaksanakan, merancang intervensi dan membuat penambahbaikan agar Pusat Sumber yang diurus mampu menjalankan fungsinya dengan berkesan. Mereka berkongsi kejayaan pengalaman melakukan kajian tindakan dalam usaha membangunkan Pusat Sumber yang pastinya hanya dapat ditemui dalam buku ini.