Price | RM30.00 |
Product SKU | 9789834901097 |
Brand | Dewan Bahasa dan Pustaka |
Reward Points | 30 |
Points Needed | 6000 |
Availability | 3 |
Quantity |
|
Disiplin Puasa Dalam Sekolah Ramadan- Kulit lembut
Penulis: Kamarul Azmi Jasmi & Mohd Aris Jasmi
Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka
Tahun: 2019
Bahasa: Melayu
Bil Muka surat: 361
Berat: 420g
Buku ini mengetengahkan konsep "sekolah Ramadan" yang mendidik umat Islam menghayati hikmah pensyariatan puasa yang terkandung dalam kurikulum puasa itu sendiri. Penerangan yang berkaitan dengan puasa dalam buku ini mencakupi pengertian, syarat, rukun, perkara yang membatalkan, perkara sunat dan perkara makruh. Selain itu, dinyatakan juga penetapan bulan Ramadan, keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa dan kesan meninggalkan puasa. Kandungan buku ini dilengkapkan dengan perbincangan jenis puasa sunat, makruh dan haram. Bagi memberikan motivasi kepada pembaca, buku ini memuatkan juga pengisian bulan Ramadan seperti solat Tarawih, solat Witir, amalan iktikaf dan amalan pada malam Lailatulqadar.
Buku ini memaparkan persoalan berkaitan dengan puasa yang relevan dengan umat Islam di Malaysia. Oleh itu, buku ini sesuai untuk dijadikan panduan kepada semua lapisan masyarakat yang mahu mendalami ilmu tentang ibadah puasa.